IPG PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU

Sunday, April 18, 2010

Lawatan Muhibah JPP IPG Kampus Darul Aman


Tanggal 16 April yang lalu, tercipta satu lembaran baru dalam organisasi JPP IPG KPP apabila menerima kunjungan daripada JPP IPG KDA. Lawatan Muhibah ini telah disertai oleh 28 orang JPP yang cukup bersemangat. JPP IPG KPP cukup terharu dengan kunjungan tersebut kerana melalui program seperti ini, warga JPP dapat berkoangsi idea-idea dan pengalaman demi memantapkan organisasi JPP di kedua-dua institut. Selama 2 hari 1 malam, pelabagai aktiviti telah dijalankan seperti sesi riadah bersama, diskusi mengenai kolej kediaman dan budaya pembelajaran dan disiplin. Selain itu, exco-exco dari setiap organisasi juga telah bertemu dua mata untuk membicarakan aktivit-aktiviti yang telah dan bakal dijalankan. Banyak maklumat, pengalaman, dan informasi telah diperolehi oleh kedua-dua pihak. Semoga Lawatan Muhibah seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan.



No comments: