IPG PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU

Monday, April 12, 2010

JPP Membuka Lembaran Baru

Wassup!!

Beberapa ketika yang lalu, para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang menghadapi kesukaran dalam menyuarakan pendapat serta aduan mereka kepada pihak JPP dan sekaligus kepada pihak pentadbiran. Namun atas nama sahabat, JPP 2010/2011 telah membuka raung yang efektif kepada semua warga Institut. Pelancaran Facebook GAS, KAS, dan Twitter telah membantu JPP mendekati para pelajar dengan lebih dekat.

Laman Twitter
Memberikan informasi kepada warga Institut mengenai perkembangan semasa, dan aktivit-aktivit yang berlangsung di IPG KPP. Sedikit sebanyak warga IPG KPP dapat mendekatkan diri dengan pihak JPP untuk sebarang aduan, pendapat, dan lain-lain.



Group Aduan Sahabat (GAS)
Merupakan sebuah 'Group' dalam laman sosial Facebook yang memberi peluang kepada para pelajar institut untuk meluahkan rasa dan mengadu permasalahan yang bermain di jiwa mereka. melalui laman ini, JPP dapat mengetahui masalah yang dihadapi para pelajar dan berusaha menyelesaikannya.

http://www.facebook.com/pages/Pulau-Pinang-Malaysia/Group-Aduan-Sahabat/326124072694?ref=ts


Kotak Aduan Sahabat (KAS)
Kotak cadangan dan aduan yang disediakan untuk warga IPG KPP memberikan sebarang cadangan dan aduan untuk tindakan susulan pihak JPP dan Pentadbiran. Kotak ini diletakkan di tempat-tempat tumpuan pelajar seperti kafeteria, MSquare, Blok Kediaman dan Blok Akademik.

No comments: