IPG PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU

Thursday, June 4, 2009

SEKILAS PANDANG H.E.P IPGM KPP

Latar Belakang

Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk mengurus semua aspek berkaitan dengan pelajar sejak tahun 1995. Jabatan ini merupakan perantara antara pelajar dan pihak pentadbiran Institut termasuk Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Sewaktu ditubuhkan, Jabatan HEP mempunyai hanya tiga unit yang diketuai oleh tiga orang penyelaras sahaja. Sehingga kini terdapat empat unit yang ditubuhkan secara formal mengikut arahan BPG dan setiap unit diketuai oleh seorang penyelaras iaitu:

a. Penyelaras Pengembangan dan Khidmat Kaunseling

b. Penyelaras Rekod, Disiplin dan Tatatertib

c. Penyelaras Kebajikan dan Sosial

d. Penyelaras Kediaman Pelajar

Institut telah memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menjalankan Kursus Bina Insan Guru (BIG) bagi membentuk sahsiah, keterampilan , nilai-nilai mulia insan guru dan kepemimpinan pelajar. Selaras dengan itu seorang Penyelaras Pembangunan Pelajar telah ditubuhkan. Justeru, terdapat lima Penyelaras kesemuanya dalam JHEP dan setiap Penyelaras diketuai oleh seorang ketua Penyelaras yang dilantik secara dalaman. Setiap Penyelaras bertindak melaksanakan tugas berdasarkan tujuan dan keperluan masing-masing. Namun, kesemua Penyelaras senantiasa bekerjasama demi menjamin pencapaian objektif jabatan berdasarkan objektif yang telah dinyatakan.

Objektif

· Mengumpul dan menyalurkan maklumat antara Bahagian Pendidikan Guru, pentadbiran Institut, pensyarah dan pelajar.

· Memupuk dan meningkatkan disiplin pelajar.

· Menyediakan khidmat kebajikan, bimbingan dan kaunseling dan bantuan umum kepada pelajar.

· Mengumpul dan menyediakan pangkalan data pelajar.

· Memberi latihan asas dalam hal penyuburan diri, kepemimpinan dan pengurusan.

· Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan perkembangan diri pelajar.

Nama Pensyarah

Gred

Kelayakan

Pn. Hjh. Khadijah bt. Mustafa

DG48

B.A Pendidikan Islam

Pn. Hjh. Zowyah bt. Shabdin

DG41

B. Sc Ed. (H)Matematik

En. Sharif Mohd. B. Rahmat Ali (KJ)

DG44

M.Ed .; B.A (H)

En. Rosli bin Ab. Razak

DG44

M. PA ; B. Ed. (H) Linguistik

En. Sobri b. Saad

DG44

M. Sc. T. Maklumat; B. A Ed. (H)

Pn. Rohani bt. Che Hashim

DG41

M.Ed Pendidikan ;B. A (H)

No comments: