IPG PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU

Monday, October 27, 2008

Dari sidang biro kebajikan dan sosial JPP 2008

Pengenalan kepada Exco Kebajikan dan Sosial 2008

Pada penggal kali ini , Exco Kebajikan dan Sosial 2008 telah diketuai oleh Murni Nur Munirah bt Mahamad dan dibantu oleh 2 orang pembantu iaitu Muhammad Fu'ad Jahaya dan juga Noor 'Atiqah bt Ahmad Zainuri.

Walaupun tidak dapat ramai yang mengetahui mengenai Ahli-ahli di bawah exco ini , terdapat aktiviti yang berjaya dijalankan sebagai contoh Bazar Ramadhan yang telah dijalankan berhampiran blok akademik.

Ramai diantara guru-guru pelatih IP Persekutuan mencadangkan penambahbaikkan dari pelbagai segi.Tetapi , penambahbaikkan dari segi prasarana di institut ini tidak dapat dijalankan dengan segera.Ingin ditegaskan disini bahawa , Institut kita mengalami perubahan secara menyeluruh yang bermaksud , IP kita akan mendapat wajah baru baik dari segi bangunan , pentadbiran , dan juga prasarana yang lain.Oleh itu , saya meminta guru-guru pelatih bersabar.

Pada penggal akan datang , telah dijanjikan oleh Pensyarah penasihat Exco Kebajikan dan Sosial , Pn Hjh Zowyah bt Shabdin bahawa satu pilihan raya akan diadakan bagi memilih Ahli-Ahli JPP pada penggal akan datang.Jadi , pada sesiapa yang berkelayakan ,bolehlah menyertainya dan fikirkanlah manifesto-manifesto yang bersesuaian.

Akhir kata dari kami , Exco Kebajikan dan Sosial , Hadir kami kepada anda untuk membantu anda agar kehidupan anda lebih selesa.
Assalamualaikum

3 comments:

pencari sejati said...

bagus..
tingkatkan lagi mutu dan kualiti..
sama2 kita mengembleng tenaga mencapai visi dan misi...

update the latest news..
make this blog the most view page

Thoyba Mursyidah said...

alhamdulillah. akhirnya blog ini diupdate juga. heheh. beres, pakat kerja blako.

saya menulis dari bilik 5116, langkasuka hotel.

peace!!

sandaime86 said...

mak aih!!!tak sngke jugak kan mase kat langkawi lagi dah ade orgkasikkomen!!hebat la ko ridzal!!nanti aku takde 2bulan ko jek la ganti aku..hikhik